Batch 17# - Mix & Match Polkadot

Mix & Match
~Corak + Polkadot~


Assalamualaikum cotton lovelies !!!
Polkadot...warna yang wow...

Terdapat dalam pelbagai warna .. sesuai untuk disuai padan dengan baju corak atau full polkadot...atau anda boleh pilih kain-kain lain dari album lama.

Okies ladies..minima cut 2m , nak full corak pun boleh..
Enjoy shopping uols !!

RM 85/ sepasang
Berminat...sms/whatapps : 011-1432 6554




KLIK DI SINI untuk lihat Album kami. 
Jangan Lupa LIKE FB  : NH Aalia Trading .. :)

Berminat ? Untuk tempahan , email kepada aliaaboutique@gmail.com 
@sms/whatapps : 011-1432 6554


Tips 1 : Penjagaan Kain Cotton


TIPS PENJAGAAN 
KAIN KAPAS A.KA. COTTON


Hi ..ladies !!!

Ok seperti yang dijanjikan, Aalia Boutique ingin kongsikan tips untuk menjaga kain dari fabric cotton daripada cepat pudar dan juga rosak... bila dah beli kain yang cantik, tetapi lepas basuh kain pudar mesti kita tension kan...:)

Jadi ada 4 Tips penjagaan Kain Cotton untuk mengelakkan fabrik cepat pudar dan rosak.

1. Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik cotton anda.
   
2. Anda boleh basuh fabrik dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).
   
3. Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.
   
4. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.

5. Ada juga yang mencadangkan sebelum hantar ke ‘tailor’ , disarankan buat basuhan pertama ke atas fabrik terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian.

Selamat Mencuba uols !!! 

Jumpa lagi dalam next entry ...



Batch 16# : Mix & Match Plain

Mix & Match
~Corak + Plain~


Assalamualaikum cotton lovelies !!!

Corak mix and match ni boleh pilih antara corak yang siap dipadan seperti di bawah, atau anda boleh pilih kain-kain lain dari album lama.

Okies ladies..minima cut 2m , nak full corak pun boleh..
Enjoy shopping uols !!


RM 85/ sepasang
Berminat...sms/whatapps : 011-1432 6554



KLIK DI SINI untuk lihat Album kami. 
Jangan Lupa LIKE FB  : NH Aalia Trading .. :)

Berminat ? Untuk tempahan , email kepada aliaaboutique@gmail.com 
@sms/whatapps : 011-1432 6554

Info : Mengenal Fabric Jenis Kapas a.k.a Cotton


Hi Ladies !!!

Arini Aalia Boutique hendak berikan tips penjagaan Kain Cotton untuk mengelakkan fabrik cepat pudar dan rosak.

Sebelum itu, mari kita lihat kelebihan kain kapas. Bagi penggemar kain cotton mungkin dah tahu dan suka akannya. Tetapi bagaimana pula pada mereka yang belum pernah mencuba memakai fabric dari jenis kain kapas.

Mungkin apa yang terlintas di pikiran anda mesti fabric jenis kain cotton ...panas..dan panas.. Oppsss..nanti dulu, mari kita intai dulu apa itu kain kapas.. ...

Jom kita intai.. ;)

Untuk pengetahuan uols, kain kapas dihasilkan daripada pokok kapas yang lazimnya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Di sekeliling biji kapas terdapat fiber lembut yang diproses untuk dijadikan benang. Benang-benang itulah yang digunakan bagi menghasilkan kain kapas yang lembut dan menyerap peluh.

Kapas sudah dikenali sejak ribuan tahun dahulu lagi. Sudah ditenun sejak zaman pra sejarah dan sudah dijadikan pakaian oleh orang orang-orang India kuno, Mesir dan China. Pengeluaran kapas sudah dimulakan di Mexico dan Lembah Sungai Indus sejak 5000 SM.

Ada juga sesetengah ahli sejarah mendakwa pokok berkenaan mula ditanam 7,000 tahun lalu di Mehrgarh Pakistan. Pada tahun 800 Masihi, didapati pedagang Arab mula menjual kain kapas di Eropah. Sekitar tahun 1607M pokok kapas mula ditanam di Pulau Bahamas sebelum ia berkembang ke Florida dan Virginia, Amerika Syarikat. Pokok kapas di tanam secara meluas dan menjadi perusahaan utama terutamanya di India dan Jepun.

Kain kapas memang sesuai dengan cuaca di negara kita yang sentiasa panas kerana ia sejuk dan mudah menyerap peluh. Sesuai walau apa pun keadaan cuaca sama ada sejuk atau panas kerana ia bersifat menghangatkan bila sejuk dan menyejukkan bila panas disebabkan sifatnya yang merupakan pengalir haba yang baik.


Mari kita lihat pula ciri-ciri kain kapas... 
  • Mempunyai keteguhan samada semasa kering atau basah.
  • Mempunyai ketahanan terhadap suhu panas dan juga cahaya matahari.
  • Pengalir haba yang baik Baju pun tak panas.
  • Mempunyai Ketahanan terhadap bahan kimia samada asid atau alkali
  • Mempunyai ketahanan terhadap mikroorganisma.
  • Sejuk, lembut dan Selesa dipakai. Kandungan lembapan 7% dan daya penyerapan 21%. Oleh sebab itu mudah menyerap peluh. Boleh mengurangkan bau badan.
  • Mempunyai sifat kenyal. Mudah renyuk. Mengecut pada cucian pertama.
  • Mudah menyerap lembapan.
  • Sesuai kepada sesiapa yang mempunyai alahan pada kulit. Dapat mengelak kulit badan daripada mengalami gatal-gatal dan ruam.

Bagaimana uols...mesti dah faham kelebihan fabric jenis kain kapas a.k.a cotton

Jom kita intai tips pula... Tips Penjagaan Kain Kapas aka Cotton