Tips 2 : Penjagaan Fabrik Jenis Chiffon


Hi Ladies..

Berminat hendak menggayakan tudung/shawl dari fabrik Chiffon...
jom klik di sini

Ok, sebelum itu kita intai apa kelebihan Chiffon & tips penjagaannya.. ;)

Kelebihan Chiffon

Untuk pengetahuan uols semua,
Kain chiffon tidak mudah untuk di jahit..tetapi cantik jika dijadikan tudung kerana kainnya yang ringan maka.. kepala tidak 'heavy' dan yang bestnya...
  •     Senang dipakai
  •     Tidak akan berkedut di bahagian muka
  •     Menutupi dada dan tidak melekat
  •     Boleh dibasuh tangan
  •     Boleh dipakai dengan pelbagai gaya

Tips Penjagaan Kain Chiffon 
  • Fabrik chiffon perlu dicuci dengan menggunakan tangan supaya ia tidak rosak.
  • Cara basuhan kain chiffon, cukup sekadar merendamnya di dalam air yang bercampur dengan pelembut fabrik.
  • Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup, usap menggunakan tangan di bahagian yaan kotor dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
  • Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan.
  • Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.
  • Jangan sesekali menjemur kain jenis chifon dibawah matahari. Sebaliknya jemur di kawasan yang redup bagi menjamin ketahanan fabrik.
  • Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.
  • Gunakan suhu seterika yang paling rendah semasa mengosok kain jenis ini.

Ok...itu sahaja buat masa ini...

Sharing is Caring!!

7 comments: