Info : Argan Oil



Assalamualaikum semua..

Sebelum kita cerita pasal MORA Argan Oil..apakata kita kenali dulu apa itu Argan Oil???

Maybe ada yang penah dengar sebelum ni ARGAN OIL, ada jugak yang baru tau sejak Mira Filzah keluarkan produk dia, MORA essential, 100% pure argan oil. OK, argan oil ni adalah sejenis minyak yang dihasilkan dari pokok argan, Argania Spinosa iaitu sejenis tumbuhan yang berasal dari Maghribi atau Morocco. 

Pokok argan hanya tumbuh di kawasan separa padang pasir di barat daya Morocco dan Mediterranean barat sahaja. Ianya boleh survive dengan keadaan suhu yang tinggi, dan kemarau yang berpanjangan. Oleh itu adalah mustahil bagi Malaysia untuk menjadi pengeluar argan didunia. Argan oil merupakan minyak tulen tanpa sebarang campuran bahan kimia lain tapi mempunyai banyak vitamin dan nutrien didalamnya. Dengan keunikkan yang tersendiri, pokok argan telah dilindungi di bawah UNESCO sejak tahun 1999 kerana ianya merupakan salah satu "harta" bagi Morocco dan merupakan tumbuhan yang semakin terancam.

Tinggi pokok argan boleh mencecah 10 meter dan jangka hayat sehingga 200 tahun. Daunnya dalam 2-4cm dan buahnya dalam 2-4cm panjang dan 1.5 ke 3cm lebar. Untuk mendapatkan hasil, ianya akan mengambil masa selama lebih setahun dan selalunya buah argan masak dalam bulan Jun dan Julai. 



Kerja-kerja pengekstrakkan buah argan selalunya dilakukan oleh wanita dari suku kaum Berber secara tradisional. 



Argan oil ni kaya dengan vitamin E, fatty acids, prostaglandin, carotenoids, polyphenols, ferulic acids, squalene, dan sterols.


Antara kegunaan utama argan oil:


(1) Kulinari


Argan oil boleh di celup dan di makan dengan roti ataupon boleh digunakan sebagai dressing dalam salad. Salah satu research tentang argan oil dalam masakan menunjukkan ia mampu mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan sakit jantung. Interesting?

(2) Kosmetik


Sebagai pelembab kulit, untuk mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan mengelupas, disamping menyuburkan rambut. Argan oil tidak memerlukan bahan tambahan untuk mempercepatkan process tindak balas sebab argan oil itu sendiri merupakan kosmetik organic.

Tapi kena ingat, kulinari dan kosmetik melalui cara pengekstrakkan yang berbeza. Sebab tu argan oil untuk masakan tak boleh digunakan untuk kecantikan and vice versa. Untuk kulinari, warnanya lebih kepada oren yang agak gelap, dan untuk kosmetik, warnanya lebih cerah, macam light gold. Jangan pulak minyak masak p sapu dekat muka pulak OK. 


Last but not least,


P/S: Berminat ? Untuk tempahan , email kepada aliaaboutique@gmail.com 
@sms/whatapps : 011-1432 6554

RM60 per bottle (15ml)


Postage : 
RM6 for semenanjung
RM10 for Sabah Sarawak


Untuk COD : 

Kajang - Metro Point/Giant Prima Saujana
Semenyih - Tesco Semenyih

No comments:

Post a Comment