Info : Mengenal Fabric Jenis Kapas a.k.a Cotton


Hi Ladies !!!

Arini Aalia Boutique hendak berikan tips penjagaan Kain Cotton untuk mengelakkan fabrik cepat pudar dan rosak.

Sebelum itu, mari kita lihat kelebihan kain kapas. Bagi penggemar kain cotton mungkin dah tahu dan suka akannya. Tetapi bagaimana pula pada mereka yang belum pernah mencuba memakai fabric dari jenis kain kapas.

Mungkin apa yang terlintas di pikiran anda mesti fabric jenis kain cotton ...panas..dan panas.. Oppsss..nanti dulu, mari kita intai dulu apa itu kain kapas.. ...

Jom kita intai.. ;)

Untuk pengetahuan uols, kain kapas dihasilkan daripada pokok kapas yang lazimnya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Di sekeliling biji kapas terdapat fiber lembut yang diproses untuk dijadikan benang. Benang-benang itulah yang digunakan bagi menghasilkan kain kapas yang lembut dan menyerap peluh.

Kapas sudah dikenali sejak ribuan tahun dahulu lagi. Sudah ditenun sejak zaman pra sejarah dan sudah dijadikan pakaian oleh orang orang-orang India kuno, Mesir dan China. Pengeluaran kapas sudah dimulakan di Mexico dan Lembah Sungai Indus sejak 5000 SM.

Ada juga sesetengah ahli sejarah mendakwa pokok berkenaan mula ditanam 7,000 tahun lalu di Mehrgarh Pakistan. Pada tahun 800 Masihi, didapati pedagang Arab mula menjual kain kapas di Eropah. Sekitar tahun 1607M pokok kapas mula ditanam di Pulau Bahamas sebelum ia berkembang ke Florida dan Virginia, Amerika Syarikat. Pokok kapas di tanam secara meluas dan menjadi perusahaan utama terutamanya di India dan Jepun.

Kain kapas memang sesuai dengan cuaca di negara kita yang sentiasa panas kerana ia sejuk dan mudah menyerap peluh. Sesuai walau apa pun keadaan cuaca sama ada sejuk atau panas kerana ia bersifat menghangatkan bila sejuk dan menyejukkan bila panas disebabkan sifatnya yang merupakan pengalir haba yang baik.


Mari kita lihat pula ciri-ciri kain kapas... 
  • Mempunyai keteguhan samada semasa kering atau basah.
  • Mempunyai ketahanan terhadap suhu panas dan juga cahaya matahari.
  • Pengalir haba yang baik Baju pun tak panas.
  • Mempunyai Ketahanan terhadap bahan kimia samada asid atau alkali
  • Mempunyai ketahanan terhadap mikroorganisma.
  • Sejuk, lembut dan Selesa dipakai. Kandungan lembapan 7% dan daya penyerapan 21%. Oleh sebab itu mudah menyerap peluh. Boleh mengurangkan bau badan.
  • Mempunyai sifat kenyal. Mudah renyuk. Mengecut pada cucian pertama.
  • Mudah menyerap lembapan.
  • Sesuai kepada sesiapa yang mempunyai alahan pada kulit. Dapat mengelak kulit badan daripada mengalami gatal-gatal dan ruam.

Bagaimana uols...mesti dah faham kelebihan fabric jenis kain kapas a.k.a cotton

Jom kita intai tips pula... Tips Penjagaan Kain Kapas aka Cotton



No comments:

Post a Comment