TIPS PENJAGAAN
KAIN KAPAS A.KA. COTTON
Ok seperti yang dijanjikan, Aalia Boutique ingin kongsikan tips untuk menjaga kain dari fabric cotton daripada cepat pudar dan juga rosak... bila dah beli kain yang cantik, tetapi lepas basuh kain pudar mesti kita tension kan...:)
Jadi ada 4 Tips penjagaan Kain Cotton untuk mengelakkan fabrik cepat pudar dan rosak.
1. Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik cotton anda.
2. Anda boleh basuh fabrik dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).
3. Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.
4. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.
5. Ada juga yang mencadangkan sebelum hantar ke ‘tailor’ , disarankan buat basuhan pertama ke atas fabrik terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian.

Selamat Mencuba uols !!!
Jumpa lagi dalam next entry ...
Jumpa lagi dalam next entry ...
terima kasih atas tips yang membantu. Terbaik!! ^_^
ReplyDelete